Sunday, May 10, 2009

Polis dan penjenayah

Satu kumpulan penjenayah ganas yang aktif melakukan aktiviti pecah rumah dan rompak berjaya ditumpaskan oleh pihak polis. Ketangkasan pihak polis itu berjaya membunuh lima lelaki warga asing yang merupakan ahli kumpulan Geng Ipol.

Kumpulan ini terlibat dalam beberapa kes pecah rumah dan dianggap sangat berbahaya kerana mereka sanggup mencederakan mangsa. Geng Ipol diambil sempena nama ketua kumpulan tersebut yang berusia dalam lingkungan 40-an.

Kumpulan ini pelik sikit kerana mereka akan menanggalkan pakaian ketika memasuki rumah yang dirompak. Mungkin nak tunjuk body kot.

Bagaimanapun, aktiviti kumpulan tersebut yang terdiri daripada lima lelaki berusia dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun itu akhirnya tumpas apabila tempat persembunyian mereka di atas sebuah bukit di Sungai Buloh, Selangor dikepung polis.

Kesemua penjenayah berkenaan mati ditembak selepas enggan menyerah diri dan cuba menyerang sekumpulan anggota polis yang mengepung mereka. Penjenayah ini bersenjatakan sepucuk pistol dan beberapa bilah parang. Mereka juga memakai tangkal kebal tapi terbukti tiada apa yang kebal, malah kereta kebal pun boleh meletup sekiranya terkena jerangkap samar.

Tahniah kepada pihak polis kerana berjaya menumpaskan satu lagi kumpulan penjenayah ganas yang sering menyebabkan kita tidak tidur lena.

Ini la gambar salah seorang penjenayah yang mati ditembak. Member aku yang juga wartawan Utusan terlanggar mayat ni, apa lagi seriau dia.
Tapi yang peliknya masih ada suara-suara sumbang yang mempersoalkan tindakan pihak polis yang menembak mati penjenayah-penjenayah kejam ini. Mereka tuduh polis kejam dan melanggar hak asasi manusia serta membuat penghakiman sendiri dengan membunuh penjenayah.

Sepanjang aku terlibat dalam dunia jenayah ni (tak lama pun baru tiga bulan je, hehe) ramai juga anggota polis yang aku kenal. Dan, tahukah anda bahawa anggota-anggota polis yang terlibat dalam operasi yang sangat bahaya seperti ini juga mempunyai keluarga dan anak isteri. Apakah nasib isteri atau anak-anak anggota polis ini sekiranya sesuatu yang buruk terjadi terhadap mereka?


Sebelum penjenayah-penjenayah ini menyerang atau lebih buruk lagi menyebabkan kematian anggota polis lebih baik mereka itu ditembak terlebih dahulu. Itula siapa suruh jadi perompak.

Jadi ucapakanlah terima kasih kepada wira-wira kita ni yang sanggup berkorban nyawa semata-mata untuk memastikan negara kita selamat dan aman. Dan doakan juga kepada mereka supaya dihindiri dari segala musibah dan selamat sepanjang bertugas. Amin....

Ni, pulak cerita-cerita disebalik tadbir ketika aku dan beberapa wartawan jenayah lain membuat liputan kes tersebut.

Kena tunggu di bawah bukit sehingga polis selesai menyiasat. Sambil tu berbual dengan rakan wartawan yang lain sambil membuat lawak bodoh dan pelbagai aksi untuk menghilangkan kebosanan.


Ambik gambar. Asyik ambil gambar orang lain je, kitaorang nak juga bergambar boleh masuk facebook.

Lokasi liputan wartawan jenayah ni tak menentu. Kali ini kami terpaksa masuk kedalam belukar dan mendaki dalam keadaan gelap gelita untuk sampai ke lokasi markas penjenayah terbabit yang terletak di puncak bukit. Masa ini semuanya meraba-raba mencari jalan malah ada yang teraba dan diraba.

Selamat ada juru kamera suluh jalan pakai lampu kamera tapi tak boleh lama-lama, nanti nak ambil gambar kat lokasi bateri abis pulak.


Sesi bergambar lagi ketika mendaki bukit dalam gelap. Pelbagai aksi dipertontonkan untuk menghilangkan rasa penat. Semua berpeluh-peluh dan masa ni kalau sesiapa kentut takda orang yang tahu.