Sunday, September 6, 2009

Penipu yang kantoi (Awas! penipu di mana-mana)

Lama betul tak post berita terbaru ni. Sejak dua menjak ni, aku sibuk sangat dengan kerja sampai nak menulis kat sini pun takda mood dah.

Post aku kali ni nak beri amaran kepada semua supaya berhati-hati dengan mana-mana individu yang meminta derma kononnya untuk membiayai kos rawatan penyakit kronik yang dihadapinya atau keluarga mereka.

Kes ni terjadi kat aku baru-baru ni. Satu petang sedang aku rilek-rilek kat rumah tetiba aku terdengar satu suara kat pintu pagar. Aku pun keluarla dan nampak seorang lelaki berbangsa India yang menggunakan kerusi roda sedang tercegat di hadapan rumah aku.

Bila aku tanya nak apa, lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an itu terus bercerita bahawa dia mengalami sakit tulang belakang dan memerlukan wang berjumlah RM20,000 untuk membuat pembedahan.

Dia minta derma la kat aku dengan alasan dia tidak boleh bekerja kerana hampir lumpuh dan keluarganya takda duit. Lelaki itu terus menunjukkan sekeping surat doktor dari hospital Seremban kat aku. Aku terus ambil surat yang hampir macam belacan tu dan membelek-beleknya beberapa kali.

Masa aku ambil dan teliti surat tu, lelaki tersebut dah tak senang duduk dah, muka dia pun dah cuak semacam je aku tengok.

Selepas aku teliti macam ada benda tak kena je dengan surat tu. Kerana tak puas hati aku terus suruh adik aku di dalam rumah membawa keluar kamera.

Nampak je adik aku keluar sambil membawa kamera, lelaki tu terus cabut. Cis takdapat aku nak ambil gambar dia. Yang aku heran tu laju jugak dia tolak kerusi roda dia tu walaupun kata hampir lumpuh.

Kat bawah ni surat yang lelaki tu bawa. Aku pun heran la, kalau nak menipu orang pun biar la real skit. hehe, anda semua nilai la sendiri ye bila tengok surat ni.


Ni surat macam belacan tu, dah la photostat siap letak dalam plastik lagi. hehe. Tulisan doktor memang aku tak faham langsung apa kejadah yang ditulis tu.

Siap ada nama dan no kad pengenalan lagi. Cuba kira jumlah digit nombor kad pengenalan tu cukup ke tidak. Nombor kad pengenalan mesti ada 12 digit.

Kepala surat pun sudah buat aku hairan. Hospital Seremban dah tukar nama la bang oii. Nama baru Hospital Tuanku Jaafar. Nama lama pun kalau tak salah aku Hospital Besar Seremban.


Ni lagi kelakar. Sapa yang terpendaya aku pun tak tahu la nak cakap apa. Tengok tarikh pada gambar yang aku ambil tu (12/7/2009) dan tengok pula tarikh surat tu. Atau mungkin lelaki tu naik mesin masa kot?? Ermm, ada kemungkinan..

Sapa la jadi doktor tandatangan kat sini ni.

Aku harap dengan pendedahan ini, anda semua berhati-hati la ye. Jangan beri derma kepada sebarangan individu periksa dulu kerana mereka mungkin penipu.


Monday, July 27, 2009

Pinggan mangkuk tulang babi ?

Baru-baru ni, ada akhbar melaporkan tentang pinggan mangkuk seramik buatan China yang diperbuat daripada tulang babi. Menurut laporan tu, pinggan mangkuk tu kini dah banyak kat pasaran dan juga digunakan di kebanyakan hotel di Malaysia. Tapi betul ke laporan tu? Betul ke tulang dia buat pinggan mangkuk? Takde benda lain ke yang diorang nak pakai? Hairan aku.

Tapi, baru-baru nie aku pergi satu hotel kat KL kerana ada satu function. Bila aku belek cawan dan pinggan yang dihidangkan aku terkejut. Betula ada pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang rupanya !!..


Ni, tulisan kat belakang cawan yang aku gunakan. Secara logiknya, orang kat China suka makan apa? Korang sendiri tau kan. So tulang apa paling banyak kat sana? Cis aku macam nak muntah pulak lepas makan dan minum kat hotel tu. uweeekkk..

Pesta Baung !

Sedikit paparan trip memancing bersama tiga pakcik aku pada 19 Julai 2009. Lokasi yang diterokai ialah sebatang anak sungai terpencil yang terletak berhampiran satu perkampungan orang asli di Muadzam, Pahang. Sungai tu adalah salah satu anak sungai Rompin. Ni, adalah sedikit gambar untuk tatapan. Tak banyak ambik gambar kerana terlalu sibuk berpesta katakan. hehe.

Keadaan dan bentuk muka bumi sungai yang menjadi lakosi pemburuaan kami. Peh, penuh dengan kayu. Tapi kawasan berkayu lah tempat ikan baung bermain.


Tak sampai lima minit letak pancing mesti ikan makan. Kalau dah lebih lima minit tu cepat-cepat pindah tempat. Pancing baung kat sini mesti cepat, kalau lambat sentap peratusan nak hook adalah kecil.
Di sini tak payah pakai rod panjang-panjang, cukup dalam 5 ke 6.5 kaki je sebab sungainya kecik. Lagi satu, tali utama (mainline) mesti besar sekurang-kurangnya 30lb dan perambut dalam 20lb. Kat sini peratusan untuk sangkut kat kayu adalah tinggi, so kalau sangkut tarik jela sampai putus perambut. Janji batu ladung selamat. Batu ladung pakai saiz kecik jugak sebab air tak mengalir laju. Mata pulak elok pakai mata udang yang saiz sederhana besar kerana ikan kat sini tak besar. Mata udang tajam dan senang nak hook.




Aksi pakcik aku sedang tunggu pancing melentur kena sambar dek ikan baung. Hehe, pakcik aku ni baru first time turun mancing baung. Sebelum ni mancing ikan seluang je. Mengigil tangan masa tarik ikan baung katanya.



Ikan baung pertama menyantap pancing aku. Peh, ikan ni kalau tarik pancing memang best sampai nak terpelanting pancing aku walaupun bersaiz kecik.

Lupa pulak nak cerita umpan yang aku pakai. Aku pakai umpan tapa. Umpan nie dibuat daripada ikan seluang yang diperam selama beberapa minggu. Bau dia, busuk macam bangkai. tapi umpan nie memang kegemaran ikan baung. Umpan ni pakcik aku yang buat. Katanya, umpan tapa Kemboja pun kalah dengan umpan nie. hehe. Ikan seluang dikatakan adalah diet utama ikan baung.


Rupa umpan tapa tu. Cangkuk je sekor-sekor kat mata pancing. Kalau pakai umpan nie, mesti bersedia berkawan sekali dengan lalat dan langau. Cis, bab nie yang aku lemah sikit tu.

Sebahagian hasil pancingan aku dari pukul 9 pagi hingga pukul 4 petang. Semua sekali ada 25 ekor ikan baung. Tu tak masuk rabut atau ikan tak hook sebanyak berbelas kali jugak. Pakcik-pakcik aku dapat hasil lebih kurang sama jugak. So 25x4=100 ekor !!.


Ikan paling besar adalah lebih kurang 500gm je. Mesti ada yang marah dan bertanya kenapa aku tak amalkan catch n release (CNR)?.. Yelah kalau cnr maknanya semua kena lepaskan balik lah. Aku rasa kalau setakat pancing tak abis kot ikan kat sungai nie. Sungai nie tiap-tiap hari org pancing tapi bekalan ikan tetap stabil. Masa aku memancing tu ada 5-6 orang pemancing lagi.

Semua ikan dibuat masak gulai lemak cili padi, pehh sedap gilo. hehe. Kalau ada masa pasti aku datang lagi. hehe.

Sunday, May 10, 2009

Polis dan penjenayah

Satu kumpulan penjenayah ganas yang aktif melakukan aktiviti pecah rumah dan rompak berjaya ditumpaskan oleh pihak polis. Ketangkasan pihak polis itu berjaya membunuh lima lelaki warga asing yang merupakan ahli kumpulan Geng Ipol.

Kumpulan ini terlibat dalam beberapa kes pecah rumah dan dianggap sangat berbahaya kerana mereka sanggup mencederakan mangsa. Geng Ipol diambil sempena nama ketua kumpulan tersebut yang berusia dalam lingkungan 40-an.

Kumpulan ini pelik sikit kerana mereka akan menanggalkan pakaian ketika memasuki rumah yang dirompak. Mungkin nak tunjuk body kot.

Bagaimanapun, aktiviti kumpulan tersebut yang terdiri daripada lima lelaki berusia dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun itu akhirnya tumpas apabila tempat persembunyian mereka di atas sebuah bukit di Sungai Buloh, Selangor dikepung polis.

Kesemua penjenayah berkenaan mati ditembak selepas enggan menyerah diri dan cuba menyerang sekumpulan anggota polis yang mengepung mereka. Penjenayah ini bersenjatakan sepucuk pistol dan beberapa bilah parang. Mereka juga memakai tangkal kebal tapi terbukti tiada apa yang kebal, malah kereta kebal pun boleh meletup sekiranya terkena jerangkap samar.

Tahniah kepada pihak polis kerana berjaya menumpaskan satu lagi kumpulan penjenayah ganas yang sering menyebabkan kita tidak tidur lena.

Ini la gambar salah seorang penjenayah yang mati ditembak. Member aku yang juga wartawan Utusan terlanggar mayat ni, apa lagi seriau dia.
Tapi yang peliknya masih ada suara-suara sumbang yang mempersoalkan tindakan pihak polis yang menembak mati penjenayah-penjenayah kejam ini. Mereka tuduh polis kejam dan melanggar hak asasi manusia serta membuat penghakiman sendiri dengan membunuh penjenayah.

Sepanjang aku terlibat dalam dunia jenayah ni (tak lama pun baru tiga bulan je, hehe) ramai juga anggota polis yang aku kenal. Dan, tahukah anda bahawa anggota-anggota polis yang terlibat dalam operasi yang sangat bahaya seperti ini juga mempunyai keluarga dan anak isteri. Apakah nasib isteri atau anak-anak anggota polis ini sekiranya sesuatu yang buruk terjadi terhadap mereka?


Sebelum penjenayah-penjenayah ini menyerang atau lebih buruk lagi menyebabkan kematian anggota polis lebih baik mereka itu ditembak terlebih dahulu. Itula siapa suruh jadi perompak.

Jadi ucapakanlah terima kasih kepada wira-wira kita ni yang sanggup berkorban nyawa semata-mata untuk memastikan negara kita selamat dan aman. Dan doakan juga kepada mereka supaya dihindiri dari segala musibah dan selamat sepanjang bertugas. Amin....

Ni, pulak cerita-cerita disebalik tadbir ketika aku dan beberapa wartawan jenayah lain membuat liputan kes tersebut.

Kena tunggu di bawah bukit sehingga polis selesai menyiasat. Sambil tu berbual dengan rakan wartawan yang lain sambil membuat lawak bodoh dan pelbagai aksi untuk menghilangkan kebosanan.


Ambik gambar. Asyik ambil gambar orang lain je, kitaorang nak juga bergambar boleh masuk facebook.

Lokasi liputan wartawan jenayah ni tak menentu. Kali ini kami terpaksa masuk kedalam belukar dan mendaki dalam keadaan gelap gelita untuk sampai ke lokasi markas penjenayah terbabit yang terletak di puncak bukit. Masa ini semuanya meraba-raba mencari jalan malah ada yang teraba dan diraba.

Selamat ada juru kamera suluh jalan pakai lampu kamera tapi tak boleh lama-lama, nanti nak ambil gambar kat lokasi bateri abis pulak.


Sesi bergambar lagi ketika mendaki bukit dalam gelap. Pelbagai aksi dipertontonkan untuk menghilangkan rasa penat. Semua berpeluh-peluh dan masa ni kalau sesiapa kentut takda orang yang tahu.

Thursday, April 30, 2009

Kes Rompak Pulakkkk.. (Muka depan Kosmo! nie)

Tadi aku pegi satu sidang media kat IPD Ampang Jaya. Pihak polis Ampang berjaya menumpaskan satu geng pecah rumah yang dianggotai oleh lima lelaki Cina. Polis dapat tangkap tiga orang dan dua orang lagi berjaya mencabutkan diri.


Ni la hasil rompakan yang berjaya dirampas. Enam tv LCD yang saiz gedabak. Fuh mesti diorang tengok tv sorang satu ni. Arak pun diorang kebas jugak, semua arak-arak mahal tu.



Padanlah ramai orang jadi perompak dapat pakai kereta mahal beb.


Ni. no plat palsu. Penjenayah ni pasang no plat palsu kat kereta diorang sebelum buat kerja.



Jam kat pasar malam pun diorang kebas. Memang hebat, nama pun penyamun, kasi sapu bersih la beb.



Koleksi duit syiling lama sape yang kena sebat dengan penyamun ni. Barangan berharga jugak ni.



Arak nie dipercayai berharga ribuaan ringgit. Arak ni diperam selama 25 tahun, tgk siap dalam kotak dan ada sijil lagi tu. Tapi penyamun tu dah minum separuh da.




Botol arak yang tinggi sekali tu namanya Jin And Tonic. Ingatak dalam cerita Labu Labi, si labu mintak arak, Syaitan And Tonic.




Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Tuan Amirrudin ni macam geram je tgk Jin And Tonic tu? Hai nak test ke tuan?



"Cepat-cepat sapa nak rasa amik cawan saya tuangkan," kata tuan Amir ni pada wartawan yang lain.
Apa la tuan nie, belanja la teh tarik ke, sirap ke. Ni nak bagi kepala kitorang weng satu hari bole lah.

Wednesday, April 29, 2009

Kerja aku (Dunia wartawan)


Korang semua mesti tertanya-tanya kenapa aku letak gambar dua pak guard yang ada jambul nikan. Kalau anda perasan pada baju yang dipakai, diorang adalah pengawal kesalamatan di sebuah rangkaian pusat membeli-belah terkenal di negara. Aku bukan nak cerita pasal membeli-belah ataupun kempen beli barangan buatan Malaysia. Tapi aku nak kongsi sedikit satu pengalaman aku sebagai wartawan jenayah. (ceh macam hebat je).

Sebenarnya, ada satu kes rompakan di sebuah kedai emas di sebuah pusat membeli-belah di Kepong, KL. Rompakan dilakukan oleh dua lelaki bersenjatakan sepucuk pistol dan kerugian berjumlah RM300,000. Tapi selamat tiada siapa yang mati.

Seperti biasa, tahu je ade kes aku dan seorang wartawan Utusan dan jurugambar bergegasla ke tempat kejadian. Tiba je kat lokasi dah ramai wartawan lain yang ade.

Kedai emas yang kena rompak tu seperti biasala tak boleh masuk sebab polis dah buat garisan sempadan. Tapi yang bestnya kat sepanjang garisan tu ada beberapa pengawal keselamatan berkawal. Pengawal keselamatan ni cuba melindungi jurufoto dari ambik gambar tapi jurufoto buat bodoh je amik gambar bukan kena tangkap pun. So korang tengok je la gambar yang aku letak nie.

Kesian beberapa jurugambar terpaksa angkat kamera tinggi-tinggi untuk ambik gambar. Ada jugak yang shoot gambar dari celah kangkang pengawal keselamatan tu, selamat diorang tak kentut.

Seperti biasala, kalau kes-kes macam ni terpaksa tunggu lama sikit untuk polis siasat. Sebelum tunggu polis selesaikan tugas diorang, wartawan-wartawan yang lain buatla kerja masing-masing sambil melepak. Hehe, tah macam apa dah, main duduk je kat bawah tangga nie.

Ada jugak yang berbincang pasal keje atau kes-kes lain. Ada jugak yang mengambil kesempatan untuk tidur. Selamat kes kat dalam pasar raya ada aircond. Biasanya wartawan jenayah nie jarang dapat pegi kes-kes yang "sejuk" macam ni.
Kalau kes bunuh, gaduh, kemalangan atau macam-macam lagi biasanya tak dapat nak merasa aircond-aircond ni. Kalau kes tu kat tempat panas, berlumpur atau hujan nasib badan la. huhuhu.

Thursday, April 23, 2009

Trauma

Hari ni aku trauma. Petang tadi dalam perjalanan ke tempat kerja aku melihat satu kemalangan maut. Kemalangan tu berlaku di lebuh raya PLUS selepas susur keluar Bangi menghala ke KL. Dalam kejadian tu seorang penunggang motosikal mati selepas motosikal ex5 yang ditunggangnya terlanggar belakang sebuah lori pikap yang berhenti di lorong kecemasan.

Aku sebenarnya boleh dikatakan sudah biasa jugak tengok mayat ni, dah nama pun keje sebagai wartawan jenayah. Macam -macam mayat aku pernah jumpa, mayat kena bunuh, kena tembak, mayat yang dah berhari-hari kena buang dan macam-macam lagilah.

Tapi hari ni lain sikit. Sebabnya depan mata sendiri aku tengok kemalangan tu dan aku saksikan sendiri macam mana mangsa meninggal dunia. Nak ambik gambar pun aku tak sanggup hanya mampu telefon ambulans je. Memang truma la dahla aku bawak motor jugak. Aku tengok mangsa dah meninggal dunia aku terus sedekah Al-Fatihah dan terus setat motor dan pergi kerja.

Kalau nak berita dan gambar boleh la tengok kat blog ni www.ondscene.blogspot.com dia ni wartawan jenayah jugak tapi dia otai, orang lama beb. Aku orang baru.

Tuesday, April 21, 2009

Teknik ambik korner.


Korang mesti tertanya-tanya kenapa aku postkan gambar mamat sewel nie kan.

Sebenarnya, hari tu aku borak-borak dengan member-member aku dalam satu forum moto nie.

Aku cerita la kat diorang yang aku nie gayat sikit time ambik korner. Lepas tu aku cerita la lagi pengalaman aku kena potong kat korner dengan dengan moto ex5.

Ape lagi pelbagai nasihat dan tunjuk ajar la diorang berikan. Yelah kebanyakkan member-member aku dalam forum tu memang kaki korner. Siap masuk trek lagi kat Sepang tu.

Nak dijadikan cerita, ade sorang member tu postkan gambar kat atas nie. Dia suruh aku praktis hari-hari. InsyaAllah lama-lama terarla. hehe. Cam haram. Tula kot ade sapa-sapa yang nak pratis ambik korner tu boleh la buat macam gambat kat atas nie ye. hehe. Memang cam haram..

Friday, April 17, 2009

Ikan Baung

Ni gambar ikan baung kederap yang bapak mertua aku dapat baru-baru ni. Ada orang panggil ikan ni baung akar tapi kat tempat aku dipanggil baung kederap. Bapak mentua aku memancing pada waktu malam di Sungai Triang yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan (Kampung aku la tu). Biasanya ikan baung jenis ni memang aktif pada waktu malam.

Umpan yang bapak mertua aku gunakan ialah ulat lundi tapi tak tahu la kat tempat lain orang panggil umpan apa. Lundi ni macam ulat sagu tapi besar sikit.
Bila dah besar, ulat lundi ni jadi kumbang. Biasanya lundi ni boleh dicari dengan menggali dikawasan tanah macam cari cacing ataupun di kawasan berpasir seperti ditepi sungai. Lundi juga sering ditemui di dalam batang pokok kelapa yang sudah mereput.
Pakai umpan ni memang dapat menarik perhatian segala jenis baung yang bersaiz agak besar.



Sebelum kena siang. Dekat 1 kg berat ikan ni.





Anak aku memang takut dengan ikan ni. hehe. Opss, baju berbelang tu bukan aku. Tu adik ipar aku.

Sunday, April 12, 2009

Moto idaman


Bila la aku dapat merasa pakai moto ni, Kawasaki zx6 RR 07. Dengan enjin berkuasa 599 cc ini memang ganas memecut kat highway. Ulang alik keje KL-Seremban dalam lima minit je ni. Tapi harga je dah dekat RM60,000 tu pun second hand kalau baru sendiri mau ingat la.

Sekarang aku hanye mampu memecut zx150 aku kat lebuh raya sambil menunduk macam bawak superbike hehe. Penah jugak aku cucuk moto nie time kat lebuh raya tapi masa tu jalan jem la. Bila jalan dah clear sekejap je bayangan dia hilang. pehh lagi geram aku dibuatnya. Kalau diberi pilihan nak bini lagi satu ke atau moto zx6 nie, sudah tentu aku pilih moto. hehe.

Tuesday, April 7, 2009

PR gengam dua bukit, BN pegang satu batang

Pakatan Rakyat (PR) yang diangotai oleh PAS, PKR dan DAP berjaya memenangi kerusi di DUN Bukit Selambau di Kedah dan Parlimen Bukit Gantang di Perak. Manakala Barisan Nasional (BN) pula berjaya mempertahankan kerusi DUN Batang Ai di Sarawak.

Bukit Gantang OFFICIAL RESULTS
Mohd Jamaluddin Nizar (PAS) 21,860
Ismail Saffian (BN-Umno) 19,071
Kamarul Ramizu Idris (Ind) 62
Majority - 2,789 (In 2008, the majority was 1,566)

Bukit Selambau Unofficial results
S Manikumar (PKR) 12,607S
Ganesan (BN) 10,232
Majority 2,375

Malcolm Mussem Lamoh (BN) 3,907
Jawah Gerang (PKR) 2,053
Majority 1,854


Baru sebentar tadi aku menerima satu SMS daripada seorang rakan. Katanya, kemenangan BN di Batang Ai diumumkan segera dan siap buat siaran langsung lagi dan berita itu diulang beberapa kali di televisyen yang sudah tentu PRO BN.

Manakala keputusan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang diumumkan lewat dan tidak pula dibuat siaran langsung kat sana. Kalau ade buat pun hanya dengar suara aje, visual elek. hehe.

Aku SMS balik, biasala inilah Demokrasi Malaysia seperti dalam filem Tiga Abdul arahan P. Ramle. Dalam filem itu, si abang mengambil lebih harta dan kuasa serta memberitahu kepada adik yang bongsu bahawa itu adalah Demokrasi Terpimpin. Tetapi si adik balas balik, "Terpimpin kepala hotak ko!", hahaha.

Sunday, April 5, 2009

Hand Phone Baru

Baru-baru ini aku membeli sebuah telefon bimbit baru jenama Nokia berharga RM250 bagi menggantikan hp lama aku yang rosak.

Aku sebenarnya tak berniat pun nak tukar telefon bimbit lama aku tu yang aku beli daripada seorang rakan ketika di USM hampir lima tahun lalu.

Bagi aku selagi boleh hantar mesej n call sudah cukup, tak payah nak benda2 mengarut yang lain.

AKu mungkin bertahan lagi dengan telefon lama yang model pun aku tak tahu apa, tetapi apakan daya telefon kesayangan tu rosak sebab kena gigit dengan anak aku.

Sebelum ini aku banga dengan telefon lama aku tu walaupun menerima pelbagai hinaan daripada kawan-kawan seperti "Hp ko boleh masuk muzium nie", "Syed nak lagu nie tak, nanti aku bluetooth kat ko ok", "Syed nak gambar Paris Hlton tak, nanti aku mms kat ko ye,", "Syed tanak amik gambar diana yang cun nie ke,".

Cis, walaupun telefon aku telefon antik tapi kalau baling kat dinding masih boleh guna lagi tau. Cuba la korang balik telefon mahal n canggih korang tu, aku nak tgk camne.

Terima kasih dan selamat tinggal telefon lama, sedih juga berpisah dengan ko sebab ko dah banyak berjasa.


Tapi kini ko jadi mainan anak aku pulak. hehe..

Cerita Seram

Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Hari ini aku balik lambat kerana syif mlm. Abis keje aku terus setat moto dan balik ke rumah aku di Seremban. Buat pengetahuan, aku keje di KL dan tiap hari aku ulang alik ke tempat kerja.

Tah kenape malam nie tak banyak pulak kenderaan kat highway. Kebisaannya time-time gini ade jugak sebuah, dua lori tangki atau paling koman pun kereta kat highway nie. Dalam keadaan mamai sebab ngatuk dan penat aku hanya maintain kelajuan moto 140kmj je.

Sedang aku layan perasaan sambil nyanyi lagu R. Azmi, tiba-tiba hujung mata aku terpandang satu objek putih di sebelah kiri aku. Dah berapa lama objek itu mengekori, aku pun tak sedar.

Secara otomatik bulu roma aku terus meremang. Cis, Time tu pulak aku teringat filem Jangan Pandang Belakang yang aku tgk baru-baru ini.

Aku berpeluh, nak terkencing pun ade. Ketika ini abis semua surah Al-Quran termasuk doa Qunut aku baca. Baju yang aku pakai mula basah dgn peluh walaupun keadaan mlm tu memang sejuk.

Aku kaku dan penglihatan aku hanya tertumpu di depan sahaja. Nak tengok ape objek tu takut, tak berani pulak. Nak tutup mata kang, silap-silap masuk longkang. Kerana takut aku terus pulas throtel tapi moto aku rasa mcm lambat aje.

“Hampeh betul time nie pulak ko nak lembab,” kata aku dalam hati.

Beberapa saat kemudian objek putih itu makin lama semakin laju dan ia kini berada betul-betul berada di sebelah aku. Time nie hanya tuhan je yang tahu perasaan aku.

Dengan perlahan-lahan objek putih itu terus memotong moto aku dan pada waktu yang sama juga aku dengar satu bunyi yang aneh. Secara perlahan-lahan aku memberanikan diri untuk menoleh dan melihat objek putih berkenaan.

Bila aku terpandang je objek itu, darah aku terus berderau. Perasaan takut aku tadi tiba-tiba bertukar menjadi marah yang amat sangat.

Cis rupe-rupenya objek tu sebenarnya sorang mat rempit yang pakai helmet dan baju putih. Mat rempit tu pakai RXZ sambil superman kejar moto aku. Hampeh buat suspend betul.

Kerana terlalu marah aku terus cucuk mamat tu sampai Seremban. Sekian.

Friday, February 27, 2009

Kisah Raja

Aku tertarik dengan satu karya oleh Hishammudin Rais yang disiarkan di laman web malaysiakini. Lepas baca memang lojik ape yang ditulisnya itu. So aku tempek kat sini kot-kot ade org nak baca la.


Akhirnya tinggal empat ekor Raja

Oleh : Hishamuddin Rais Feb 18, 09 4:03pm

Cerita Satu: Permaisuri sedang duduk di dalam kereta kuda yang bergerak pantas. Kaum tani dan orang kampung sedang membawa belantan, kapak dan sabit mengejar kereta kuda itu. Kuda disebat agar memecut lari sepantas mungkin. Kaum tani menghambat kuat. Akhirnya kuda keletihan, kaum tani datang mengepung.

Cerita Dua: Bomoh berjanggut tebal telah mati ditembak di dalam perigi. Di luar rakyat makin berpusu-pusu. Salji semakin turun dengan lebat. Dalam bilik peraduan, Baginda dan Permaisuri sedang memasukkan intan berlian, dinar emas dan dirham perak ke dalam peti besi. Rakyat di luar sedang bersedia menunggu dalam kedinginan salju.

Cerita Tiga: Apabila malam mulai gelap, Baginda dinaikkan ke atas kapal menuju Itali. Beberapa orang juak datang mengekor. Kaki-kaki bodek datang untuk mencium tangan. Tidak ramai yang hadir di pelabuhan. Apabila kapal bergerak, peluit pun tidak dibunyikan. Semuanya senyap.

Cerita Empat: Telepon berwarna merah berdering. Pembantu presiden mengangkat. Presiden menggeleng-menggeleng kepala tidak mahu bercakap. Di hujung talian Raja Segala Raja sedar saat-saat akhirnya telah sampai. Di lapangan terbang, enjin pesawat Boeing 747 telah lama terpasang hanya menunggu untuk terbang.

Cerita satu itu gambaran hari-hari akhir untuk Maria Antoinette permaisuri Perancis yang hingga ke hari ini masih diingati kerana ayat-ayat bodohnya. Apabila kaum tani Perancis kebuluran tanpa makanan dan bangun meminta roti, pemaisuri bangang ini telah berkata: "Kalau tidak ada roti, makanlah kuih".
Setelah ditangkap kerana cuba hendak melarikan diri, si bangang ini telah dibicarakan. Keputusan rakyat - lehernya dipenggal dengan guillotine (alat pemenggal kepala) dalam Revolusi Perancis pada 1793. Sistem feudal beraja dihapus, Perancis bertukar republik.
Cerita dua pula saat-saat apabila Rasputin bomoh kesayangan Czarina Rusia telah dibunuh. Rakyat Rusia telah bangun memberontak menentang sistem feudal Czar di negara itu. Keluarga Ramanov yang korup telah cuba lari and menyorok. Mereka ditawan dan akhirnya dihukum mati dalam Revolusi Bolshevik pada 17 Julai 1918. Sistem feudal dihapuskan, Rusia menjadi republik.
Cerita ketiga, malam akhir Al-Malik Faruq al-Awwal, raja Mesir yang dinaikkan ke atas kapal oleh presiden Gammal Abdel Naseer. Raja Faruq telah dihantar ke Rom oleh Revolusi Rakyat Mesir pada 1952. Sistem feudal dihapuskan, Mesir bertukar republik.
Cerita keempat pula hari-hari akhir Shah Ahmad Reza Pahlavi Raja Segala Raja. Ahmad Reza telah cuba meminta bantuan dan pertolongan daripada presiden Jimmy Carter. Carter enggan bercakap dengan Ahmad Reza. Pembantu Carter mengatakan kepada Ahmad Reza bahawa presiden sedang berehat di kem David dan tidak mahu diganggu. Pada 11 Febuari 1979, Raja Segala Raja yang agung lagi gagah perkasa ini ditendang keluar oleh rakyat Iran. Sistem feudal dihapuskan, Iran pula menjadi sebuah republik.
Inilah contoh-conth berakhirnya sistem feudal apabila Raja, Al-Malik, Shah, Maharaja dan Czar ditendang keluar oleh rakyat. Ada yang dibunuh, dipenggal leher dan ada juga yang dihalau meninggalkan negara.
Sistem feudal adalah sistem ekonomi yang muncul di zaman peralihan tamadun manusia - zaman peralihan dari Zaman Liar ke Zaman Feudal. Sistem feudal ini muncul di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Latin. Malah semua tamadun anak semua bangsa dalam dunia ini telah melalui sistem ini.
Feudal ialah satu sistem ekonomi di mana yang kuat dijadikan raja dan disembah. Sistem feudal ini bergantung kuat kepada tanah dan hasil ekonomi pertanian. Susuk yang kuat dan mengakui dirinya sebagai raja boleh mengambil, merampas dan merompak tanah-tanah dan hasil tanamam titik peluh kaum tani.Di zaman ini punca pencarian rakyat hanya dengan bercucuk tanam.
Gerombolan yang menamakan diri mereka raja ini telah merompak dan menyamun tanah dan hasil tanaman kaum tani sebagai cara untuk terus mengumpulkan harta kekayaan. Dengan harta kekayaan, mereka mendirikan kota-kota dan istana. Dengan harta kekayaan mereka membesarkan bala tentera, pahlawan dan panglima. Dengan bala tentera, mereka dilihat berkuasa.
Untuk mengukuhkan kuasa, pada awalnya telah dimunculkan mitos dan cerita-cerita karut lagi marut untuk menakut-nakutkan rakyat. Ada cerita pedang azimat Raja Arthur, cerita rambut dibelah tujuh helai, cerita keris berasap, cerita geliga naga disimpan dalam istana dan pelbagai cerita karut untuk memastikan bahawa mereka ini dilihat oleh kaum tani memiliki daulat dan kuasa. Malah Raja Jepun dengan bodohnya mengakui bahawa dirinya sendiri adalah wakil Tuhan di muka bumi.
Sistem feudal menghadapi persaingan apabila struktur agama muncul. Struktur agama yang menjadi kuasa baru mula mengancam kuasa feudal.
Dengan licik sistem ekonomi feudal telah bersekongkol dengan kaum agama untuk terus menipu kaum tani. Ini berlaku beratus-ratus tahun di Eropah, Timur Tengah, China dan India.
Dengan kerjasama ini - kaum feudal dan kaum agama - telah berkenduri-kendara sama-sama memperbodohkan dan menakut-nakukan kaum tani. Kaum tani dibodohkan dan dimiskinkan kerana tanah dan tanamam mereka dirampas.
Kaum agama menakut-nakutkan kaum tani dengan api neraka. Kaum agama mengeluarkan fatwa menghalalkan sesiapa sahaja untuk dibunuh jika mereka ingkar terhadap kaum feudal.
Penipuan ini berjalan beratus-ratus tahun hingga sampai ke Zaman Pencerahan. Di Zaman Pencerahan telah muncul idea dan pemikiran rasional yang berjejak di atas bumi. Ilmu pengetahuan yang dimunculkan di Zaman Pencerahan telah memberi kekuatan baru kepada pemikir dan ahli falsafah.Buku-buku dan kitab-kitab falsafah yang membawa idea rasional mula tersebar luas. Idea bahawa manusia ini sama di mata Yang Maha Esa telah mula sampai kepada kaum tani. Melalui pandangan rasional, kaum tani tidak lagi berasa gerun apabila melihat muka raja atau muka kaum agama. Mitos dan cerita karut-marut telah dikoyak-rabakkan oleh pemikiran rasional.Idea yang dibawa pada Zaman Pencerahan bertokok tambah. Ilmu pengetahuan berkembang. Ilmu sains, ilmu alam, ilmu bumi dan bintang maju dari tahun ke tahun. Ilmu pengetahuan ini membawa kemunculan satu kumpulan baru muncul – kaum Peniaga.
Kaum peniaga membuktikan bahawa harta dan kekayaan bukan hanya datang dari hasil tanah dan bercucuk tanam tetapi daripada urusan perniagaan.Dengan ilmu sains dan pengetahun, kaum peniaga mula mendirikan kilang-kilang. Kilang-kilang ini memerlukan kaum buruh untuk membanting tulang.
Kaum tani mula meninggalkan tanah untuk bekerja di kilang-kilang. Tetapi kaum peniaga juga tidak jauh ganasnya daripada kaum feudal dalam hal menindas dan memerah tenaga kaum buruh untuk mendapat harta kekayaan.
Idea dan falsafah di Zaman Pencerahan terus berkembang. Ahli fikir dan ahli falsafah terus mengajukan idea-idea baru yang mendapat sambutan daripada kaum buruh dan kaum tani. Maka hasilnya berlakulah Revolusi Perancis pada 1789, berlaku Revolusi Amerika pada 1776. Berlakulah Revolusi Bolshevik pada 1917.Semua revolusi ini telah menumpaskan sistem feudal dan membawa mara tamadun anak semua bangsa ke era pencerahan.
Pencerahan berjaya membuka mata kaum tani dan kaum buruh untuk melihat bahawa kekayan kaum feudal, kaum agama dan kaum peniaga adalah hasil daripada rompakan tenaga kerja mereka.

Epilog: Satu malam di kota Rom, Faroq sedang berpoya-poya bermain daun terup. Faroq dikelililingi oleh gundek-gundek Kavita dan Kaur. Mereka sedang bersantai minum-minum champagne. Kavita dan Kaur gundek Faroq telah bertanya, apakah dia akan pulang ke Mesir untuk menjadi raja kembali.Ini jawapan Al-Malik Faroq al-Awwal: "Akhirnya dalam dunia ini akan tinggal empat ekor raja sahaja. Raja Diamond, Raja Spade, Raja Kelawar dan Raja Lekuk."