Monday, July 27, 2009

Pesta Baung !

Sedikit paparan trip memancing bersama tiga pakcik aku pada 19 Julai 2009. Lokasi yang diterokai ialah sebatang anak sungai terpencil yang terletak berhampiran satu perkampungan orang asli di Muadzam, Pahang. Sungai tu adalah salah satu anak sungai Rompin. Ni, adalah sedikit gambar untuk tatapan. Tak banyak ambik gambar kerana terlalu sibuk berpesta katakan. hehe.

Keadaan dan bentuk muka bumi sungai yang menjadi lakosi pemburuaan kami. Peh, penuh dengan kayu. Tapi kawasan berkayu lah tempat ikan baung bermain.


Tak sampai lima minit letak pancing mesti ikan makan. Kalau dah lebih lima minit tu cepat-cepat pindah tempat. Pancing baung kat sini mesti cepat, kalau lambat sentap peratusan nak hook adalah kecil.
Di sini tak payah pakai rod panjang-panjang, cukup dalam 5 ke 6.5 kaki je sebab sungainya kecik. Lagi satu, tali utama (mainline) mesti besar sekurang-kurangnya 30lb dan perambut dalam 20lb. Kat sini peratusan untuk sangkut kat kayu adalah tinggi, so kalau sangkut tarik jela sampai putus perambut. Janji batu ladung selamat. Batu ladung pakai saiz kecik jugak sebab air tak mengalir laju. Mata pulak elok pakai mata udang yang saiz sederhana besar kerana ikan kat sini tak besar. Mata udang tajam dan senang nak hook.




Aksi pakcik aku sedang tunggu pancing melentur kena sambar dek ikan baung. Hehe, pakcik aku ni baru first time turun mancing baung. Sebelum ni mancing ikan seluang je. Mengigil tangan masa tarik ikan baung katanya.



Ikan baung pertama menyantap pancing aku. Peh, ikan ni kalau tarik pancing memang best sampai nak terpelanting pancing aku walaupun bersaiz kecik.

Lupa pulak nak cerita umpan yang aku pakai. Aku pakai umpan tapa. Umpan nie dibuat daripada ikan seluang yang diperam selama beberapa minggu. Bau dia, busuk macam bangkai. tapi umpan nie memang kegemaran ikan baung. Umpan ni pakcik aku yang buat. Katanya, umpan tapa Kemboja pun kalah dengan umpan nie. hehe. Ikan seluang dikatakan adalah diet utama ikan baung.


Rupa umpan tapa tu. Cangkuk je sekor-sekor kat mata pancing. Kalau pakai umpan nie, mesti bersedia berkawan sekali dengan lalat dan langau. Cis, bab nie yang aku lemah sikit tu.

Sebahagian hasil pancingan aku dari pukul 9 pagi hingga pukul 4 petang. Semua sekali ada 25 ekor ikan baung. Tu tak masuk rabut atau ikan tak hook sebanyak berbelas kali jugak. Pakcik-pakcik aku dapat hasil lebih kurang sama jugak. So 25x4=100 ekor !!.


Ikan paling besar adalah lebih kurang 500gm je. Mesti ada yang marah dan bertanya kenapa aku tak amalkan catch n release (CNR)?.. Yelah kalau cnr maknanya semua kena lepaskan balik lah. Aku rasa kalau setakat pancing tak abis kot ikan kat sungai nie. Sungai nie tiap-tiap hari org pancing tapi bekalan ikan tetap stabil. Masa aku memancing tu ada 5-6 orang pemancing lagi.

Semua ikan dibuat masak gulai lemak cili padi, pehh sedap gilo. hehe. Kalau ada masa pasti aku datang lagi. hehe.

2 comments:

Laturb_Lady said...

Buat kenduri pun bolehkan..
macam best ajer...

Anonymous said...

teringat aku masa mancing ngan ko & P.. pertarungan selama 3 jam untuk 2 ekor ikan kecik..