Post aku kali ni nak beri amaran kepada semua supaya berhati-hati dengan mana-mana individu yang meminta derma kononnya untuk membiayai kos rawatan penyakit kronik yang dihadapinya atau keluarga mereka.
Kes ni terjadi kat aku baru-baru ni. Satu petang sedang aku rilek-rilek kat rumah tetiba aku terdengar satu suara kat pintu pagar. Aku pun keluarla dan nampak seorang lelaki berbangsa India yang menggunakan kerusi roda sedang tercegat di hadapan rumah aku.
Bila aku tanya nak apa, lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an itu terus bercerita bahawa dia mengalami sakit tulang belakang dan memerlukan wang berjumlah RM20,000 untuk membuat pembedahan.
Dia minta derma la kat aku dengan alasan dia tidak boleh bekerja kerana hampir lumpuh dan keluarganya takda duit. Lelaki itu terus menunjukkan sekeping surat doktor dari hospital Seremban kat aku. Aku terus ambil surat yang hampir macam belacan tu dan membelek-beleknya beberapa kali.
Masa aku ambil dan teliti surat tu, lelaki tersebut dah tak senang duduk dah, muka dia pun dah cuak semacam je aku tengok.
Selepas aku teliti macam ada benda tak kena je dengan surat tu. Kerana tak puas hati aku terus suruh adik aku di dalam rumah membawa keluar kamera.
Nampak je adik aku keluar sambil membawa kamera, lelaki tu terus cabut. Cis takdapat aku nak ambil gambar dia. Yang aku heran tu laju jugak dia tolak kerusi roda dia tu walaupun kata hampir lumpuh.
Kat bawah ni surat yang lelaki tu bawa. Aku pun heran la, kalau nak menipu orang pun biar la real skit. hehe, anda semua nilai la sendiri ye bila tengok surat ni.




Ni lagi kelakar. Sapa yang terpendaya aku pun tak tahu la nak cakap apa. Tengok tarikh pada gambar yang aku ambil tu (12/7/2009) dan tengok pula tarikh surat tu. Atau mungkin lelaki tu naik mesin masa kot?? Ermm, ada kemungkinan..

Aku harap dengan pendedahan ini, anda semua berhati-hati la ye. Jangan beri derma kepada sebarangan individu periksa dulu kerana mereka mungkin penipu.