Thursday, January 12, 2012

Mohd. Saiful Bukhari memalukan kaum lelaki !!1

SEJAK Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, ramai pihak termasuk bapa tertuduh mendesak pihak pendakwaan mengemuka rayuan.

Beberapa hari selepas keputusan itu, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim membuat kenyataan bahawa anak jantan kesayangannya itu perlu dibela dan mahu pihak pendakwaan membuat rayuan.

Malah bagi menunjukkan sokongan dan kasih sayang kepada anak jantanya itu, beliau merancang untuk mengemukakan saman sivil terhadap keputusan mahkamah berkenaan jika rayuan tidak dibuat.

Mendengar kenyataan ini dan kenyataan Azlan, 58, sebelum ini, menunjukkan seolah-olah keluarga beliaulah yang paling malang di Malaysia berikutan maruah anak jantanya itu telah diragut oleh Anwar.

Tahukah Azlan, ini lebih ramai keluarga di negara ini merasai penderitaan berkali ganda lebih dahsyat daripadanya apabila anak perempuan mereka atau isteri mereka menjadi mangsa rogol.

Malah ramai juga tertuduh dalam kes rogol ini masih belum didakwa atau dibebaskan akibat kekurangan bukti dan kebanyakkan kes jarang dirayu oleh pihak pendakwaan.

Lebih menyedihkan ramai mangsa terpaksa pula menanggung aib sepanjang hayat kerana mengandung akibat perbuatan terkutuk itu.

Berlainan pula dengan Nasib Saiful kerana dia tidak mungkin akan mengandung anak Anwar dan duburnya pula tidak pula koyak atau mengalami kecederaan.

Dalam kes-kes rogol ini yang pasti setiap wanita yang menjadi mangsa jenayah kejam ini akan melawan habis-habisan dan menggunakan pelbagai cara bagi mempertahankan maruah mereka daripada diragut.

Jarang kita dengar golongan wanita yang lemah ini hanya membiarkan diri mereka dirogol melainkan mereka diancam dalam apa bentuk sekali pun.

Sebagai seorang anak jantan, Saiful patut malu dengan wanita ini kerana ada diantara mangsa ini dipukul malah dibunuh dengan kejam sebelum dirogol.

Walaupun kaum Hawa dilabelkan sebagai kaum yang lemah tetapi mereka sanggup bergadai nyawa kerana sedar bertapa pentingnya maruah diri yang tidak akan diserahkan sewenang-wenangnya.

Pernah seorang rakan baik aku bertanya sekiranya aku berada pada kedudukan si Azlan adakah aku akan mengambil tindakan yang serupa?

Jawapan aku adalah tidak! Aku berasa malu sekiranya anak jantan aku diliwat oleh seorang lelaki yang lebih tua daripada bapanya sendiri tanpa menggunakan walaupun secubit kudrat pun untuk melawan.

Sekiranya diliwat tanpa melawan dan baca balik semula keterangan Saiful semasa di mahkamah sebelum ini apakah kesimpulan logik akal yang anda dapat?

Bagi aku seorang lelaki, Saiful telah memalukan golongan yang digelar jantan ini. Saiful juga patut malu dengan golongan wanita walaupun digelar kaum yang lemah tetapi semangat mereka dan kekuatan mereka sangat hebat.

Sekiranya semua lelaki di Malaysia seperti Saiful aku yakin negara ini akan musnah atau mudah ditawan musuh.

Apa tidaknya, bagaimana seorang lelaki mahu mempertahankan maruah isterinya, adik perempuanya, maruah negara dan agamanya sekiranya maruah sendiri mudah dihina sedemikian rupa tanpa melawan????

Kepada mereka yang menyokong anak jantan ini atau wanita diluar sana satu persoalan yang ingin aku ajukan. Sanggupkah anda menawarkan diri anda atau anak perempuan atau saudara perempuan anda untuk dijadikan isteri kepada Saiful???

Nota: Ini hanya pandangan peribadi aku dan tiada kena mengena dengan sebarang organisasi. Sila beri komen, aku baru berjinak-jinak nak menulis artikel yang agak berat ni..

No comments: