Monday, July 27, 2009

Pinggan mangkuk tulang babi ?

Baru-baru ni, ada akhbar melaporkan tentang pinggan mangkuk seramik buatan China yang diperbuat daripada tulang babi. Menurut laporan tu, pinggan mangkuk tu kini dah banyak kat pasaran dan juga digunakan di kebanyakan hotel di Malaysia. Tapi betul ke laporan tu? Betul ke tulang dia buat pinggan mangkuk? Takde benda lain ke yang diorang nak pakai? Hairan aku.

Tapi, baru-baru nie aku pergi satu hotel kat KL kerana ada satu function. Bila aku belek cawan dan pinggan yang dihidangkan aku terkejut. Betula ada pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang rupanya !!..


Ni, tulisan kat belakang cawan yang aku gunakan. Secara logiknya, orang kat China suka makan apa? Korang sendiri tau kan. So tulang apa paling banyak kat sana? Cis aku macam nak muntah pulak lepas makan dan minum kat hotel tu. uweeekkk..

3 comments:

JamKoleksi said...

salam, saya rasa saudara terkeliru. cuba cari bahan yang dapat menjelaskan maksud china bone itu. memang dibuat dari tulang dan tak semestinya tulang babi kerana texture dan warna kaca yang terhasil adalah paling cantik. ada bijak pandai agama yang menjelaskan apabila tulang yang telah dibakar pada suhu tinggi dan telah mengubah sifatnya kepada abu maka sifat asal tidak lagi timbul... ibaratkan satu longgokan tulang babi yang dah reput ribuan tahun lalu menjadi tanah... adakah tanah itu haram?... itu bandingan yang dapat saya berikan ikut hukum akal saya... jika salah sila betulkan...

Banteh said...

Terima kasih, memang betul cakap saudara jamkoleksi tu. Tapi kalau tanah saya boleh terima, lagi pun dah tentu tanah atau lumpur digunakan untuk menyamak. Maksud China Bone memang saya tahu. Walaupun sifatnya dah berubah tapi tulang yang digunakan kita tidak pasti dan bukan beratus tahun pun umurnya. Mengenai hukum syarak saya tak tahu nanti saya tanya yang lebih layak. Tapi saya tetap rasa ragu-ragu nak gunakan pinggan mangkuk dari tulang ni. hehe

Laturb_Lady said...

never ending story...perkara ni tak lama...but no confirmation on it.depends on individual..better save than never...